Friday, February 19, 2010

Kelemahan kedai makan di negara ini

hi, saya terpanggil utk membincangkan berkenaan kelemahan kedai2 makan di Malaysia..Melalui pengalaman saya yg gemar makan di luar ni hehe..antara kelemahan yg dikenalpasti adalah:

1.lambat ambil order (dah tau musim cuti,arrange la pekerja tu bagi cukup)
2.bile nak ambil order (xbawak menu atau menunya tidak mencukupi)
3.meja tiada bernombor/nama (kang bile time makanan siap barulah terhegeh2 nak tanya balik kat si pengambil order meja mana)
3.salah hantar makanan (order lain dapat lain)
4.penghantaran makanan yang berperingkat (contohnya:antar nasik n sayur je dulu..pas2 beberapa lama kemudian barulah terkedek2 nak hantar main dish mcm ikan/lauk lain..xke org dah kenyang masa tu)
5.cara makanan dihidangkan/dihantar atas meja (apa ke salahnya yg si tukang hantar tu bertanya atau memperkenalkan makanan yg die nak letak atas meja makan pelanggan supaya makanan tersebut berada pada kedudukan betoi2 depan pelanggan,xda la memusing2 makanan tu nak dipas)
6.waiter/waitress xtau maklumat berkaitan makanan dalam menu (tanya sket cara masak/rase camner xtau,ataupun sket2 dah habis..n kadang2 yg menda dah habis tu dekat sejam nunggu baru la derang cakap dah habis kene re-order)
7.suasana tempat makan (kadang2 dari jauh dah cantik,menarik,begemerlapan..tetapi tang sinki nak basuh tangan/toiletnya xda air atau kotor)

Tuesday, February 16, 2010

Cuti2 Pantai Timur

haloo..salam percutian hehe :p Dua minggu yg sudah aku surf2 la internet mencari tempat penginapan besh kat Kuala Terengganu.Atas permintaan ma & abah yg teringin makan angin ke KT dalam last2 minute tu agak demand jugak..nak chalet tepi pantai..dan dgn usaha yg gigih berjaya la book chalet yg besh (walaupun bukan 5* tp saya leh bagi 5* utknya) iaitu Anjung Pantai Chalet, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

http://www.anjungpantai.com/







Tourist tips: Seberang Takir adalah sgt strategi..dekat ngan airport (5 min),Tempat mkn Sotong,udang Ikan Celup Tepung tepi laut kat Teluk Ketapang (3 min),Dekat dgn Bandar KT (15 min),Pantai Batu Buruk Beach (25 min), Tmpt Nasi Dagang besh,Chendering (35 min)

Mari flashback perjalanan pergi-extend holiday-perjalanan balik (Pandu arah GARMIN a.k.a GPS)

Sabtu, 13/02/2010
Kali ni g T'ganu tak ikut Grik, abah nak try jalan baru ikut Simpang Pulai-Cameron Highland-Gua Musang-Felda apa ntah-Tasik Kenyir-Seberang Takir

Sumwhere in Gua Musang


Tasik Kenyir-Lunch kat cn sambil snap beberapa gambar n amek pamplet hehe :p




Tourist tips:Laluan tersebut memang sesuai utk musim2 perayaan.Memang lengang.xbyk kete.akan tetapi bile masuk felda jalan agak tidak ok..byk lobang (al-maklum lori kelapa sawit byk lalu) tp hari tu xda lori pun.Kalu nak kelapa sawit free byk a terjatuh tetepi jalan hehe..

sampai di Chalet rehat2 tido2.Aktiviti malam pertama dipenuhi dengan makan malam di Pantai Batu Buruk Beach. Ada medan selera n ada kedai2 persendirian. Us pilih ada satu kedai ni yang pasang lampu lip lap2 warna kuning semuanya n ada water features kat cermin dindingnya..n of course bile bil air melambung,rate makannya pun mahal huhu..

Ahad, 14/02/2010
Hari pertama di Kuala Terengganu. Biasa la utk perempuan musti la nak shopping kan? Tp kami xg situ dulu..pepagi adalah sesuai utk aktiviti lawatan. So we went to Taman Tamadun Islam/Masjid Kristal. It's my second time there..1st time dulu round2 dalam Taman Monumen tu naik buggy RM30-RM60 (utk 3-6org)..kali ni naik train plak RM3/person..








Lepas menghabiskan masa lebey kurang 2jam dibawah panas terik..kami pun rehat2 makan di cafe dekat Taman Tamadun tu berbekalkan kupon makanan yg diberi.

Tourist Tips: Tiket masuk RM15/orang.warga Emas 60> RM10.kanak2 xigt plak hehe..Dapat Passport n kupon makan.Kalu takat nak naik train xyah beli tiket kot hehe..pasalnya org reramai derang akan suh turun dekat 1st spot train tu benti (lain la kalu memang nak duk je atas train tu tgk monumen dari jauh than it's worth it)..pas2 end up jalan kaki je la dari satu monumen ke monumen (bagus utk kesihatan) sbb train tu nak smpi balik ke tempat kite sgt lambat..Laksa Penang kat cafe kuahnya pekat..tp rasenya agak failed coz rase kunyit idup jek..Mee kari n nasik ayam worth it..Tak brape jauh dari situ ada tempat bernama LOSONG..kompem2 la kopok losong famous dicitu..

Seterusnya shopping time..iaitu tudung.Tak berniat nak beli sutera,periuk,belanga,brang2 kawin..jd xminat la ke Pasar Payang (n it's jam that day)Berdasarkan tourist guide oleh kawan saya har (bkn nama sebenar),org pior ganu die ckp nak beli tudung banyak pilihan dekat Bazar atas stesen bas, Kuala Terengganu.It's my second time there too..so i LIKE.Di situ saya telah menjumpai tudung terbaru iaitu Tudung Bawal Sulam Bayang..cantik bangat..I got a deal 3 bawal + 1 tdg ikin (ori korea,dgn brand di dalamnya kate org jual tu)semuanya RM100



Seharian di Kuala Terengganu,balik semula ke Seberang Takir n terus ke Teluk Ketapang, niat hendak makan Sotong Celup Tepung(pukul 5.30 sotong dah habis huhu) di situ ada medan selera n beberapa pilihan kedai n har kate yg famous kat cn:



Landmark: Depan laut sebelah lapang sasar airport kuala terengganu..than lapang sasar tu leh pusing keliling dia..Kagum melihat...



Selepas menikmati ikan n udang goreng tepung w air kelapa,saya telah membeli seekor burung..jadi saya pun main2 la dgn die sambil menikmati keindahan pantai





Isnin,14/02/2010
Kalu ikut perancangan awal..hari ni plan balik dah..tetapi alang2 dah ada kat KT n nak balik plak ikut jalan lain (tamau ikut grik/gua musang) jadinya disitulah datangnya idea nak ke Pahang..yang ni aku punya request plak hehe :p pasainya aku xpernah g pahang..sipi2 pernah a sampai Cameron tu hehe.Tp ni nak g Kuantan kweng2..

Makanya..

Perjalanan pagi bermula setelah perut dipenuhi dengan Nasi Dagang, Kuala Ibai. Org kate Nasi Dagang besh kat Chendering..tp bila tgk jam dah dekat 10pg,mcm xbrani nak g Chendering tu..takut sampai2 nasi dagangnya pun abis..jadi mkn je la kat depan traffic light Masjid Terapung.Tak brape minit meneruskan perjalanan..odw tu lalu la Chendering,memang byk kedai Nasi Dagang di tepi2 jalan n org pun masih ramei..huhu xda rezeki..



Kami meneruskan perjalanan..sampai di satu tmpt mama ternampk plak asap berkepul2..terpaksa benti jap



Seterusnya melalui Marang-Dungun-Tnjg Jara-Paka-Kerteh..kat situ bukan berasap dah..kali ni berapi plak..kiri kanan api sesaje



Nak dijadikan cerita,skru cermin mata mama tertanggal..carik2 kedai cermin mate sumenya tutup..sampai la di Kerteh jumpa la shopping Mesra Mall..quite impressive



Mama pun teringin nak shopping disitu sbb tgk mallnya mcm happening..at the end..die beli selipar toilet kweng3

Seterusnya melalui Kijal-Chukai,Kemaman dan akhirnya tiba di Cherating..yey! Chalet telah di book malam sebelumnya menggunakan WLAN.tp guna phone memg agak susah..hmm,kebanyakkan chalet utk hari Isnin xpenuh lagi..sbb ramai dah mula balik..jd saya pilih Pak Itam Chalet (setelah terbaca blog org) ok la..luaran mcm chalet Anjung Pantai..dalaman sgt luas..tetapi katil satu je..n katil,cadar,perabot agak usang..tp bersih n tandas bersih (tak geli)..tp berbau rokok coz biliknya air-conditioned..ntah mangkuk mana p isap rokok dalam tu b4..haih..so i can give 3 star compared to chalet before..


Tp saya suka sgt coz memg dekat sgt dengan laut..







Dari Chalet nak ke tempat jualan souvenier dlm 6km je..n dicitu byk chalet gak (Ranting Chalet menarik gak)tp jalan agak cramp..n laut pun crowded..jd,Pak Itam menjadi Poojaan hatiku hehe :p



Petang tu jugak kamu ke Kuantan lebey kurang 40 min dari Cherating..lalu ikut Beserah sebb nak bayar Maxis aku yg kene bar..tq tu hafiz kkpaya besar yg kasik direction..



than makan kat Tanjung Lumpur (org kate cn famous ikan bakar)..but this place is not recommended during festive season (terpengaruh dengan blogspot pasal Tg.Lumpur yg mengatakan kedai ini tmpt feveret die)..sgt lemb..ada beberapa deret kedai lain yg boleh anda cuba..



dan keesokan harinya..kami pun bergerak pulang melalui Kuantan-Gambang-Mentakab-Lanchang-Felda Mempaga (lunch disini mkn ikan patin)-naik Bukit Frser-Turun ikut Kuala Kubu Bharu-Tg Malim-Tapah-Ipoh



Begitulah Al-Kisahnya (itu la kali pertama & terakhir ikut Bukit Fraser kot) kasi Feninnnnnnnnnnnnnnnnnnnngggggggggggg...